Foto Instagram Rozita Che Wan.

KUALA LUMPUR – Pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta menyindir seorang pereka fesyen yang kini mula berjinak dalam bidang nyanyian.

Sindiran itu ditulis menerusi ruangan Instastory (IG) miliknya.

Jelas Che Ta, pereka fesyen tersebut pernah menyelar tindakan artis yang menjadi pereka fesyen kerana menganggap ia mengganggu pasaran mereka.

Tetapi kini pereka pula yang mencuba nasib dalam bidang nyanyian.

“Dulu saya ingat designer ni pernah cakap, artis pun nak jadi pereka fesyen, kononnya ‘caras’ market mereka.

“Tiba-tiba minggu lepas saya dengar dia nak jadi penyanyi pula.

“Tak payah menyanyi lah kot, macam tercekik sudu saja, menyanyi ke bercakap tu, buat baju pun ala ala kata orang,” tulisnya.

Isteri kepada pelakon Zain Saidin itu bagaimanapun menegaskan dia tidak mempunyai isu dengan mana-mana pihak, perkara itu sengaja ditulis olehnya tanpa sebarang tujuan negatif.

Sindiran itu dikatakan dituju kepada pereka fesyen Ezuwan Ismail yang bakal muncul dengan single pertama berjudul Semalam Sahaja bersama kumpulan trio E1.

Single tersebut akan dilancarkan pada Khamis ini. – MalaysiaGazette