TERKINI : ADA JE PRK! Peranan Menteri Dihentikan? – Rina Harun

76
0

SEMENYIH – Program lawatan kerja dan bantuan rakyat di Semenyih sebenarnya sudah dirancang sejak hujung tahun 2018 lagi dan tidak ada kena mengena dengan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih 2 Mac ini.

Demikian kata-kata tegas daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun kepada kenyataan Bersibh yang mempertikaikan Menteri Kabinet PPBM yang didakwa lebih kerap terlibat dalam program di DUN itu yang akan menyaksikan penamaan calon Sabtu ini.

Menurut Rina, beliau mengambil maklum teguran Bersih 2.0 sambil menegaskan bahawa program lawatan kerja mensasarkan bantuan penduduk sebenarnya sudah dirancang dan diaturkan sejak hujung tahun lalu.