KUALA LUMPUR – Hashmita Selvam, gadis remaja pernah direkodkan dalam Malaysian Books Of Record Vokal Terbaik Wanita dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) ketika usianya 14 tahun.

Lahir daripada sebuah program realiti muzik di saluran Astro Vanacil iaitu Avatharam Aarambam pada 10 tahun yang lalu, Hashmita yang kini berumur 19 tahun pernah menjadi salah satu bintang dalam program Tom Tom Bak All Star pada tahun 2014.

Gadis yang pernah mengeluarkan single dalam bahasa Tamil ketika berusia 13 tahun bakal mengeluarkan single terbaru dalam Bahasa Melayu Mac depan.

ALF01444ALF01317Bukan sahaja menyanyi, Hashmita mempunyai bakat bermain instrumen seperti piano, gitar dan ukulele selain boleh melukis dan menari.-MalaysiaGazette