TERKINI : JAWAPAN TUN M! Sebab Tubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi

91
0

PUTRAJAYA – Langkah penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi membolehkan kerajaan mendengar pandangan serta perspektif luar daripada Kabinet.

Malah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan, beliau sendiri boleh mendengar pandangan semua pihak walaupun anggota-anggota Kabinet terdiri daripada orang-orang hebat.

“Adalah penting untuk kita mendengar banyak pihak.

Kita boleh buat ini sejak awal lagi tetapi kita sangat sibuk.

“Sekarang kita rasa cukup masa untuk tubuh majlis ini dalam usaha mendapat maklum balas tentang apa yang berlaku di dalam negara dan mendapat idea dari mereka tentang cara menyelesaikan masalah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tinggalkan Jawapan