TERKINI : Serah Kepada Peguam Saya – Guan Eng

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak mahu melayan desakan segelintir pihak yang ingin mengetahui kesahihan beliau sebagai akauntan profesio­nal bertauliah.

Beliau sebaliknya menyerahkan kepada peguamnya untuk menjelaskan isu yang menjadi kontroversi sejak kebelakangan ini.

“Biar saya serah kepada peguam saya,” jawabnya ringkas.