TERKINI : TUN M TUKAR PARTI! Kalau DAP, PKR dan AMANAH Belot

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai sebuah parti perkauman yang mewakili kaum Melayu dan bumiputera di negara ini.

Beliau melihat kaum tersebut masih merasakan tidak selamat jika tidak mempunyai jumlah perwakilan tertentu dalam parti gabungan dan kerajaan.

“Peranan kita adalah untuk memastikan kepentingan mereka terpelihara dalam masa kita bekerjasama dengan parti-parti lain yang berbilang kaum termasuk DAP.

“Inilah hasrat kita dan telah kita jelaskan kepada keenam-enam orang (ahli parlimen) ini dan mereka faham,” katanya.

Beliau dengan berseloroh berkata akan tukar ke parti lain sekiranya mendapati ada anggota parti gabungan dalam Pakatan Harapan cuba membelot.

“Saya dahulu parti UMNO. Kini saya bersama DAP, PKR serta Parti Amanah Negara (Amanah).

“Kalau parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) ini membelot dan tidak setia kepada negara, saya akan tukar kepada parti lain.”