MEXICO – Eksport minyak Venezuela akan beralih ke Asia selepas Amerika Syarikat mengenakan sekatan pada 28 Januari lalu.

Syarikat minyak negara itu, PDVSA perlu mencari pasaran untuk menggantikan penghantaran ke Amerika Syarikat dan Eropah yang terjejas dengan peraturan pembayaran.

Kini, negara Amerika Utara itu fokus kepada pembeli tunai di Asia dan mahu meningkatkan jualan di India, pelanggan kedua terbesarnya selepas Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas Venezuela untuk memotong sokongan kewangan kepada Presiden Nicolas Maduro.

Dengan cara itu, ia menghalang Maduro untuk mendapatkan akses kepada pendapatan minyak yang membantunya untuk kekal dalam kerajaan.

Sejak disekat dua minggu lalu, PDVSA masih boleh mengeksport 1.15 juta tong sehari minyak mentah dan produk minyak yang ditapis, menurut Refinitiv Eikon.

Venezuela mengeksport kira-kira 1.4 juta tong sehari dalam tempoh sebulan sebelum dikenakan sekatan.

Dua kapal tangki besar, Baghdad dan Folegandros I berlepas pada lewat Isnin lalu daripada terminal Jose membawa kargo-kargo ke pelabuhan-pelabauhan India.

Sekurang-kurangnya 19 buah tangki membawa lebih daripada 24 juta tong minyak mentah ke India, China, Singapura, Malaysia dan Jepun.

Sebanyak sembilan kapal tangki telah dieksport selepas sekatan dikeluarkan.

“Kami sedang mencari pasaran lain,” kata broker kapal.

Sebelum sekatan, PDVSA telah mengeksport 500,000 tong minyak ke Amerika Syarikat, pasaran tunai terbesarnya, diikuti India dan China, masing-masing melepasi dan di bawah 300,000 tong sehari. – MalaysiaGazette