Brock Long. foto Agensi

WASHINGTON – Ketua Pengurusan Agensi Darurat Persekutuan Amerika Syarikat, Brock Long mengumumkan peletakannya.

Beliau adalah pegawai kanan terkini yang meninggalkan pentadbiran Donald Trump.

Long yang cukup berpengalaman dalam pengurusan darurat menyifatkan jawatan yang dipegang itu sebagai peluang seumur hidup.

Beliau memegang jawatan itu sejak Jun 2017 telah mengetuai beberapa kejadian bencana alam termasuk operasi taufan di Puerto Rico yang mendapat kritikan pelbagai pihak.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata: “Sudah sampai masanya yang bersama keluarga”. – MalaysiaGazette