Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Azmi Sharom . foto HAZROL ZAINAL, 09 JUN 2018.

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi dan empat ahli baharu Suhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah diperkenaan pelantikannya oleh Yang di-Pertuan Agong.

Jawatan Timbalan Pengerusi SPR diisi oleh Prof Madya, Dr Azmi Sharom.

Beliau merupakan pensyarah di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaysia.

Manakala ahli-ahli yang dilantik pula ialah Datuk Seri Ramlan Ibrahim, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar; Datuk Chin Phaik Yoong, bekas Ketua Pengarah, Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia; Prof Madya Dr Faisal S. Hazis, Felo Kanan Institut Kajian dan Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia dan Zo Randhawa dari Bersih 2.0.

Ketua Setiausaha Negara, Dr Ismail Bakar berkata, pelantikan tersebut berkuatkuasa mulai tarikh mereka melaporkan diri sebagai Anggota SPR hingga mencapai usia 66 tahun, selaras dengan Fasal 3, Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Pelantikan baharu itu dibuat selepas lima ahli-ahli lama SPR melepaskan jawatan masing-masing pada 1 Januari 2019.

Kelima-lima mereka adalah Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood dan ahli-ahli suruhanjaya, Datuk Md Yusop Mansur, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi dan Datuk Leo Chong Cheong. – MalaysiaGazette