Lim Guan Eng
Lim Guan Eng. foto HAZROL ZAINAL, 14 FEBRUARI 2019.

PUTRAJAYA – Pertambahan ekonomi tahun 2018 sebanyak 4.7 peratus diyakini akan memberi kesan positif kepada keadaan ekonomi tahun ini. 

Jelas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng situasi ini akan memberikan ruang untuk pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat pada tahun ini.

“Saya merasakan prestasi pertumbuhan ekonomi memuaskan. Ini memandangkan pertumbuhan ekonomi negara-negara lain pun menghadapi penurunan.

“Kita lihat dalam konteks global semua terjejas. Dan untuk Malaysia mencapai 4.7 peratus, adalah antara prestasi yang baik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis penyerahan check peruntukan tambahan untuk Sekolah Agama Rakyat dan Persendirian di Kementerian Pendidikan. 

Hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 4.7 peratus bagi suku keempat 2018, menjadikan jumlah keseluruhan KDNK bagi 2018 adalah 4.7 peratus juga.-MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan