SINGAPURA – Hotel mewah, The Carlton Hotel di Singapura terpaksa bergelap beberapa jam apabila salah satu biliknya yang mengandungi peralatan elektrik meletup kemudian terbakar hari ini.

Agensi melaporan, susulan daripada insiden mengejutkan itu, pengurusan hotel tersebut terpaksa mengarahkan hampir 1,000 penghuninya keluar bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Setakat ini, tidak ada sebarang laporan kecederaan terhadap mana-mana pihak.

Pihak berkuasa yang masih lagi menyiasat insiden tersebut menolak sebarang perbuatan khianat atau keganasan berhubung perkara tersebut yang berlaku secara tidak diduga.

Peliknya, ini merupakan insiden yang jarang-jarang berlaku apatah di negara ini yang sangat mementingkan aspek keselamatan malah tidak sesekali kejadian keganasan berlaku.

Hotel ini berdekatan dengan Hotel Raffles yang juga telah mengambil beberapa langkah keselamatan agar tidak ada apa-apa insiden seperti itu berlaku.

Kebakaran dapat dipadamkan oleh pasukan bomba kurang daripada setengah jam.

Insiden kebakaran ini dikatakan terjadi dalam bilik suis menempatkan peralatan elektrik dan puncanya masih lagi disiasat.

Antara penghuni yang tinggal di hotel tersebut termasuk pelancong dari luar negara. –MalaysiaGazette