sekolah agama
Menteri Kewangan, Yb Tuan Lim Guan Eng Menteri (tiga kiri) bersalaman dengan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik (tiga kanan) pada Majlis Penyerahan Cek Peruntukan Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Persendirian di Kementerian Pendidikan, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 14 FEBRUARI 2019.

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) meluluskan peruntkan tambahan sebanyak RM25 juta untuk Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Persendirian.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, sekolah yang layak hanyalah sekolah yang berdaftar tanpa dimiliki oleh ahli dan parti politik selain memenuhi kriteria prestasi, kualiti serta impak kepada anak-anak. 

“Meskipun Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Persendirian ini tidak terletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia secara langsung tetapi KPM di bawah kerajaan baharu mahu membantu sekolah yang berprestasi tinggi agar pendidikan yang dinikmati anak-anak kita benar berkualiti dengan syarat ia berdaftar dan tidak dimiliki oleh parti politik atau parti politik, selaras dengan matlamat kerajaan untuk memisahkan pendidikan dari pengaruh  politik,” katanya ketika berucap di majlis penyerahan cek daripada Kementerian Pendidikan. 

Mengulas lanjut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, penetapan ini selaras dengan matlamat kerajaan Pakatan Harapan yang mahu memisahkan pendidikan dengan pengaruh politik. 

Maszlee sebelum ini berkata, beliau telah mengemukakan permohonan Guan Eng untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi menyelenggara dan membaiki Sekolah-sekolah Kebangsaan dan Sekolah-sekolah Agama Negeri. – MalaysiaGazette