Najib Tun Razak
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan apa yang cuba dibuat oleh Lim Guan Eng apabila menunding jari terhadapnya dan Barisan Nasional (BN) berhubung isu tajaan lawatan pegawai-pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Turki.

Tegas bekas Perdana Menteri itu, beliau tidak pernah mendengar berlakunya kejadian syarikat judi menaja lawatan polis sepanjang negara di bawah pentadbirannya.

Malah, beliau tidak pasti dan pelik kenapa lawatan untuk tahun 2019 boleh diluluskan dua tahun lalu.

Sindir beliau, jika Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), bantuan-bantuan rakyat dan segala projek mega boleh dimansuhkan dalam masa sembilan bulan Pakatan Harapan memerintah, mengapa lawatan tersebut tidak dibatalkan sungguhpun telah diluluskan dua tahun lalu.

“Kalau tak salah Najib, salah BN. Kalau tak salah BN, salah Najib. Apa yang Guan Eng cuba buat sebenarnya?

“Atau dia tahu ke apa dia cakap?,” soal Najib.

Artikel berkaitan: Kunjungan KPN ke Turki kerana tugas – Muhyiddin

Butiran lawatan KPN ke Turki perlu didedahkan – Pas

KPN ditaja ke Turki: Sumber dana Totalisator dari syarikat nombor ramalan

Hari ini, Menteri Kewangan itu memaklumkan lawatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun bersama pegawai-pegawai kanan PDRM telah diluluskan oleh lembaga pengarah Lembaga Totalisator Malaysia sejak 2017 lagi.

Tambah Guan Eng, kelulusan penajaan tersebut telah dibuat sejak kerajaan Barisan Nasional lagi dan beliau hanya mengetahui perkara tersebut melalui berita yang tersiar di media-media massa.

Sebagai sebuah badan berkanun, katanya, Lembaga Totalisator Malaysia mempunyai hak di bawah aktanya sendiri untuk membuat penajaan tersebut tanpa perlu merujuk kepada Kementerian Kewangan terlebih dahulu. – MalaysiaGazette

 

https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/14/penajaan-kpn-ke-turki-diluluskan-sejak-2017-lagi/