Muhammad Aiman
Muhammad Aiman Zailani dipilih sebagai calon Pakatan Harapan pada Ppilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih pada 2 Mac ini.

SEMENYIH – Pakatan Harapan (PH) hari ini mengumumkan Muhammad Aiman bin Zainali ,30, sebagai calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 2Mac ini.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan Bendahari parti itu Bahagian Hulu Lamgat sebagai calon pada pengumuman yang diadakan di Taman Pelangi, di sini petang ini.

Beliau berkata, pemilihan dibuat berdasarkan persetujuan sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.

Muhammad Aiman dipilih selepas mengambil kira segala kriteria daripada beberapa calon yang diserahkan PPBM Bahagian Hulu Langat untuk dipertimbangkan sebagai calon tunggal PRK itu, ujarnya. – MalaysiaGazette