Zakaria Hanafi
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan (empat kanan) bersama Pengarah Pilihan Raya BN PRK DUN Semenyih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga kiri) menjulang tangan Calon BN PRK N.24 Semenyih, Zakaria Hanafi (tengah) sambil diiringi Timbalan Presiden MIC, M. Saravanan (dua kiri), Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad (kiri) dan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan (kanan) pada Pengumuman Calon BN Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di Pusat Gerakan BN Semenyih, Taman Pelangi Semenyih 2, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 14 FEBRUARI 2019

SEMENYIH – Barisan Nasional (BN) memilih tokoh politik tempatan, Zakaria Hanafi, sebagai calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan (DUN) Semenyih yang akan diadakan pada 2 Mac ini.

Beliau yang memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pembanguan merupakan bekas Penolong Pegawai Tadbir Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, calon yang dipilih itu adalah dalam kalangan anak tempatan dan bukannya payung terjun.

“Ada enam nama kita dapat tapi kita pilih terbaik, Zakaria untuk calon N24 (Semenyih),” katanya pada majlis pengumuman calon BN bagi PRK Semenyih petang ini.

Lebih 500 penyokong serta pemimpin komponen BN hadir pada majlis pengumuman calon BN. – Malaysiagazette