Menteri Kewangan, Lim Guan Eng (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan Lendlease, Steve McCann (kiri) diberi penerangan dari Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn. Bhd., Datuk Azmar Talib (kanan) pada Majlis Pelancaran The Exchange, TRX di Hotel The Ritz Carlton, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 12 FEBRUARI 2019

KUALA LUMPUR – Dulu kata TRX membazir kini kata aset kebanggaan negara pula.

Itu komen mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini.

“Biar betul. Guan Eng kata TRX antara aset negara yang terbaik.

“Dulu saya ingat mereka kata projek TRX oleh 1MDB ini membazirkan, bermasalah dan hanya satu lubang besar dalam tanah.

“Kini jadi aset kebanggaan negara pulak.

“Saya juga diberitahu bahawa posting Kementerian Kewangan di laman rasmi FB mereka tentang berita Guan Eng lancarkan TRX telah dimaki oleh beribu-ribu rakyat sejak tiga hari dahulu.

“Janganlah keterlaluan! Kecam skit-sikit sudah cukup,” sindir Najib.- MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/15/trx-exchange-kini-sudah-detox-berjaya-tarik-pelaburan-rm2-15-bilion-guan-eng/