KUALA LUMPUR – Nampaknya semakin ramai tidak senang hati melihat gambar kumpulan pelawak, Shiro bersama Datuk Seri Najib Razak.

Bukan sahaja komen warganet pro Pakatan Harapan (PH) sahaja mengkritik Shahrul dan Ajak malah ada yang mahu mereka ‘diharamkan’ di stesen televisyen.

Admin Facebook Kami Sayang Tun Mahathir hari ini menyatakan pihaknya sudah menghantar e-mel rasmi kepada Media Prima dan Astro mahu kumpulan itu diharamkan.

Pihak itu mendakwa memohon supaya Media Prima dan Astro menyekat ‘periuk nasi’ kedua-dua artis itu daripada terlibat dalam mana-mana rancangan televisyen.

“Tak malu ke bergambar dengan perompak?” soalnya lagi.

Semalam bekas perdana menteri itu memuatnaik gambar bersama kumpulan Shiro.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kumpulan Shiro jumpa Najib

4 Komen

  1. U buat macam tu,umpama u tutup periuk nasi u sndiri la astro..hnya kerana report sampahan macam tu sahaja,u all kna ikut? U tahu x berapa ramai melayu yg langgan astro,dan minat kumpulan shiro? U tahu tak apa akan terjadi jika melayu marah,boikot perniagaan u? Hanya kerana report ini sahaja u akan di boikot..normal la sesapa sahaja mahu bergambar,ia bukan menjadi kudis pun..jgn kerana politik u kna boikot..

Comments are closed.