Neymar

LONDON – Penyerang sensasi Paris Saint-German (PSG), Neymar kini dikaitkan dengan seorang model majalah lucah terkenal, Playboy.

Daily Star melaporkan, hubungan itu mula dihidu selepas wanita dikenali sebagai Victoria turut memuat naik foto Neymar di laman sosial miliknya.

Namun, Victoria menggambarkan hubungan mereka sebagai kawan baik sahaja.

Menerusi statusnya, dia menggunakan tanda pagar #bestfriend.

Wanita turut menyifatkan pemain antarabangsa Brazil itu sebagai lelaki yang kelakar.

Malah dia juga mengaku telah memberi hadiah beg berjenama Louis Vuitton kepada Neymar.

Victoria sebelum ini pernah bercinta dengan jutawan Irish, Alex Smurf. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan