Shamima Begum
Shamima Begum

LONDON – Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Britain memberi amaran beliau akan menghalang kepulangan warga Britain yang pergi ke Timur Tengah untuk menyertai kumpulan IS.

Sajid Javid membuat membuat kenyataan itu ketika berdebat mengenai Shamima Begum yang menyertai kumpulan ekstremis ketika beliau berusia 15 tahun, lapor AP.

Begum, yang kini hamil sembilan bulan, memberitahu akhbar The Times bahawa beliau mahu pelang ke negaranya.

Javid memberitahu akhbar itu bahawa beliau ‘tidak teragak-agak’ untuk menghalang kepulangan warga Britain yang ‘menyokong organisasi keganasan di luar negara’.

Mereka yang meminta niat Begum dipertimbangkan menyatakan usia Begum ketika dia melarikan diri.

Begum merupakan salah seorang daripada tiga pelajar dari kejiranan Bethnal Green di London yang pergi ke Syria untuk menyertai IS pada 2015 yang mana ketika itu program pengambilan kumpulan itu secara dalam talian menarik minat gadis remaja. – Agensi