TERKINI : PPBM MASUK SABAH! Bukan Untuk Menentang Parti Shafie Apdal! – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk membuka keahlian parti itu di Sabah bukan untuk menentang Parti Warisan Sabah (Warisan).

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merangkap Pengerusi Bersatu berkata, keputusan itu dibuat untuk menyokong Kerajaan Sabah yang dipimpin Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang juga Presiden Warisan.

“Bersatu pergi ke Sabah hendak kuatkan kerajaan Shafie bukan hendak tentang. Bersatu hendak bantu dan bukannya hendak tukar kerajaan.

“Keputusan ini kerana keadaan di Sabah apabila ada pihak yang tidak mahu masuk Warisan namun menyokong PH kerana Bersatu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Yayasan Al Bukhary di sini hari ini.