YaPEIM
Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Datuk Abibullah Samsudin (tengah) beramah mesra dengan sebahagian pengamal media yang hadir pada Majlis Apresiasi Yapeim bersama Media 2019 di Restoran Terapung D’Saji, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 15 FEBRUARI 2019.

KUALA LUMPUR – Masjid-masjid dan surau di seluruh negara digalakkan supaya melabur di dalam Skim Ar-Rahnu atau jongkong emas menerusi Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YaPEIM) sebagai simpanan masa hadapan.

Ketua Pengarah YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin berkata, bagi tujuan itu masjid dan juga surau hanya perlu melabur sebanyak RM1,000 hasil daripada kutipan jemaah pada setiap hari Jumaat.
`
“Bayangkan, ada 22,000 masjid dan surau di seluruh negara dan jika kutipan RM1,000 kita akan mengumpul sebanyak RM22 juta.

“Dan kalau setahun kita boleh kumpul RM264 juta. Sebenarnya jumlah itu kita boleh buat menara di Kuala Lumpur, mungkin dalam bentuk hotel, pejabat dan kondominium dan ia milik umat Islam,” katanya kepada media pada Majlis Apresiasi YaPEIM bersama media di sini malam ini.

Menurut Abibullah, untuk permulaan YaPEIM menawarkan program berkenaan kepada masjid dan surau di Wilayah Persekutuan bagi dijadikan model untuk negeri-negeri lain.

MGF15022019_YAPEIM BERSAMA MEDIA01Katanya, masjid-masjid dan surau-surau tidak perlu menghabiskan segala kutipan yang diperoleh setiap minggu tanpa sasaran bermanfaat sebaliknya ia wajar dilaburkan menerusi projek-projek strategik.

Ujarnya, menerusi pelaburan seperti itu ia secara langsung akan mengembangkan lagi segala sumbangan yang diterima daripada orang ramai dan jemaah masjid serta surau juga dapat beramal jariah daripada sumbangan yang diberikan.

Terdahulu, Abibullah meraikan kira-kira 80 pengamal media daripada pelbagai agensi.

Majlis diadakan sebagai merapatkan lagi hubungan kerjasama strategik antara YaPEIM dengan media tempatan. – MalaysiaGazette