TAIPEI – Kerajaan Taiwan terpaksa melakukan pengawalan keroskan selepas Google Maps yang dinaik taraf mendedahkan tapak peluru berpandu paling sensitif negara itu yang mendedahkan jenis pelancar dan model peluru berpandu yang dapat dilihat semua orang, termasuk musuhnya, China.

Para pegawai Kementerian Pertahanan di Taipei meminta Google mengaburkan lokasi tapak peluru berpandu itu, yang telah terdedah dalam bentuk terperinci 3D dalam aplikasi peta satelit Google yang dinaik taraf, atas sebab sebab keselamatan negara dan menggesa orang ramai bertenang.

“Tapak pengkalan tentera tidak bermakna ia kekal semasa perang,” kata Menteri Pertahanan, Yen De-fa semasa sidang media.

Seorang pegawai pertahanan yang tidak mahu dikenali mendakwa imej itu mungkin imej lama ketika tentera kerap memindahkan kemudahannya ‘untuk menyembunyikan mereka dan meperdayakan musuh’, menurutu Focus Taiwan.

Mereka juga mendakwa ‘bahagian rahsia semunaya berada dalam struktur, yang amat amat sukar didedahkan melalui peta 3D’.

Bagaimanapun, Yen berkata, satu ‘jawatankuasa kerja’ diwujudkan untuk bekerjsama dengan Google bagi mempertingkatkan penyamaran tentera Taiwan pada masa depan dalam usaha mengekalkan kerahsiaan, mengaku bahawa ‘ kajian semuala perlu dilakukan’ untuk undang-undang pertahanan yang memperuntukan hukuman terhadap pendedahan lokasi struktur tentera tertentu.

Peta yang dinaiktaraf itu mendedahkan pengkalan peluru berpandu rahsia di Xindian sebelum ini,yang mana ia dilengkapi peluru berpandu darat ke udara buatan Amerika Syarikat dan lokasi Biro Keselamatan Nasional negara itu serta Biro Perisikan Tentera.

Peta itu juga menunjukkan pelancar peluru berpandu Taiwan dengan terperinci yang mana meraka yang mempunyai pengetahuan asas boleh mengetahui jenis dan model senjata tersebut.

Pihak berkuasa Taiwan masih cuba menentukan sama ada pendedahan imej tersebut menyalahi undang-undang pertahahnan.

Peta baharu itu disiarkan kepada umum pada Rabu lalu turut menyiarkan imej empat buah bandar utama Taiwan iaitu Taipei, New Taipei, Taoyuan dan Taichung.dalam mresolusi tinggi 3D.

Ketia penyiaran gambar itu dilaporkan sebagai tidak sengaja, Taiwan pernah menghadapi masalah sama dengan Google sebelum ini apabila mendekati syarikat itu pada 2016 meminta mereka memadamkan peta struktur tentera di Pulau Taiping di Laut China Selatan. – Agensi