Hafiz Hamidun dan Suhaimi Saad.

KUALA LUMPUR – Isu bekas kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad yang mempersoal bentuk bumi adalah bulat atau tidak tiba-tiba menjadi kontroversi kerana melibatkan angkawasan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar.

Suhaimi yang teruk dikritik netizen turut mendapat perhatian rakan artis seperti Hafiz Hamidun yang berkongsi pandangan.

Menerusi status yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya, Hafiz memberitahu dia sudah membuat panggilan kepada Suhaimi dan bercakap dengannya.

Walaupun niat awal untuk berbincang dengan Suhaimi, Hafiz berkata, dia telah menasihati Suhaimi berhenti daripada membuat apa-apa kenyataan lagi atau tidak menjawab sebarang persoalan.

“Sebab bercakap on the phone je, tak pastilah macam mana nak bantu situasi dia. Saya cakap kat Suhaimi tu, tak perlu panjang-panjangkan lagi isu ni. Kemudian, dia kata banyak blog dah tulis dan viralkan apa yang dia kata.

“Then saya kata, apa kata minta maaf saja kalau apa yang dia kata tak dipersetujui orang lain. Well, itu jelah yang saya boleh buat. Saya pernah terbitkan album Suhaimi Saad, saya pun kawan dia.

“Jadi dalam keadaan macam ini, ini saja yang saya mampu buat untuk redakan keadaan. Saya tahu Suhaimi sedar dengan pandangan orang kepada

“Tadi pun dia kata pada saya, bila dia tulis status Facebook ajak berselawat pun, orang komen bumi ini bulat. Dari nada dia bercakap, saya rasa ada perasaan kesal. Doakanlah yang elok-elok,” tulisnya. – MalaysiaGazette