Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) bergambar bersama Calon BN PRK N.24 Semenyih, Zakaria Hanafi (dua kiri) sebelum memasuki dewan pada Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih 2019 di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 16 FEBRUARI 2019

KAJANG – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih bermula tepat pukul 9 pagi tadi di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang di Taman Saujana Impian.

Calon Pakatan Harapan (PH) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Muhammad Aiman Zainali ,30 merupakan individu pertama memasuki dewan dan mengemukakan borang seminit selepas proses penamaan calon bermula.

Beliau berpakaian baju Melayu merah dan bersongkok hitam diiringi seorang pencadang dan penyokong sebelum menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding pada PRK 2 Mac ini.

Seminit kemudian calon Barisan Nasional Zakaria Hanafi ,58, tampil menyerahkan borang pencalonannya dengan bersongkok dan berbaju Melayu biru.

Terdahulu beliau yang diiringi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad bersama lebih 1,000 penyokongnya berarak menuju ke dewan itu.

MGF16022019_PENAMAAN CALON SEMENYIH05
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan (tiga kiri) bersama Pengarah Pilihan Raya BN PRK DUN Semenyih, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua kanan) mengangkat tangan Calon BN PRK N.24 Semenyih, Zakaria Hanafi (tiga kanan) semasa berarak memasuki dewan pada Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih 2019 di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 16 FEBRUARI 2019

Selepas itu, calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.10 pagi diikuti calon bebas, Kuan Chee Heng atau dikenali Uncle Patato yang mengenakan baju T berseluar jeans lima minit kemudian.

MGF16022019_PRK SEMEYIH07
Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Nik Aziz Afiq Abdul tengah diringi Pengerusi Psm Mohd Nasir Hashim (kiri) dan Ahli Jawatankuasa Pusat (PSM), S.Arutchevan (kanan) berarak ke dewan pada Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih 2019 di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian, Selangor. foto ,MUHAMMAD ZULHARI, 16 FEBRUARI 2019

Proses penamaan calon berjalan lancar tanpa sebarang masalah teknikal atau kekecohan.

MGF16022019_PRK SEMEYIH05
Calon Bebas, Kuan Chee Heng hadir memasuki Dewan Seri Cempaka pada Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih 2019 di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian, Selangor. foto ,MUHAMMAD ZULHARI, 16 FEBRUARI 2019

Pegawai Pengurus PRK,  Datuk MohdSayuthi Bakar mengumumkan pembukaan proses penamaan calon tepat pukul 9 pagi tadi.

Terdahulu calon Pakatan Harapandiiringi Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu beserta penyokong pakatan itu berarak ke dewan itu dengan laungan ‘Hidup Pakatan Harapan’.

PRK Semenyih diadakan selepas penyandangnya Ahmad Bakhtiar Mohd Nor meninggal dunia akibat serangan jantung pada 16 Januari lalu.

Kira kira 733 anggota polis terlibat melakukan kawalan keselamatan dan pemantauan proses penamaan calon PRK Semenyih sejak 6 pagi tadi. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan