TERKINI : 300 Anggota PDRM Siap Sedia di Hari Penamaan Calon PRK Semenyih

Dianggarkan Lebih kurang 300 kekuatan anggota keselamatan Polis dari ibu pejabat polis daerah Kajang bersiap sedia mengawal keselamatan dan kelancaran perjalanan Proses Penamaan Calon PRK DUN Semenyih di Dewan Seri Cempaka MPKj pagi ini.

Mereka sudah berkumpul di kawasan dewan yang terletak di Taman Saujana Impian Kajang seawal 6 pagi lagi.

Jalan utama sekeliling dewan berkenaan telah ditutup pada jarak 50 meter di kedua-dua bahagian untuk kegunaan awam sehingga proses penamaan calon pagi ini yang akan bermula 9hingga 10 pagi selesai tanpa sebarang masalah.

Parti parti calon bertanding turut disediakan lokasi untuk berkumpul dan berarak ke Pusat penamaan calon dari luar kawasan 50 meter.