Dayang Nurfaizah. foto ADIB AIMAN ROSLI , 14 MAC 2017
Dayang Nurfaizah. foto ADIB AIMAN ROSLI , 14 MAC 2017

KUALA LUMPUR – Tiket Konsert Dayang Dua Dekad yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 21 Julai ini habis terjual dalam tempoh tidak sampai 24 jam dilancarkan.

Konsert satu malam anjuran Shiraz Projects itu menawarkan sebanyak 1,400 tiket bermula pada harga RM125 hingga RM695 yang dijual menerusi myticket.asia, bermula kelmarin pukul 2 petang.

Bakal berlangsung sehari selepas ulang tahun kelahirannya ke-38, konsert berskala mega berkenaan merupakan hadiah hari jadi buat penyanyi bersuara emas itu.

Kali terakhir Dayang mengadakan konsert solonya ketika di Esplanade, Singapura pada Januari 2018. – MalaysiaGazette