Salah seorang mangsa yang berjaya dikeluarkan daripada lubang lombong emas selepas terperangkap apabila banjir berlaku. foto Agensi

BATTLEFIELDS – Penyelamat Zimbabwe mengeluarkan 24 mayat pelombong haram dari dalam lubang dan terowong dua lombong emas semalam selepas kawasan itu dilanda banjir minggu lalu.

Berpuluh-puluh pelombong dipercayai masih terperangkap.

Hanya lapan mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat.

Insiden itu membabitkan 70 orang pelombong di Battlefields, kira-kira 175 kilometer di barat ibu negara.

Mereka yang selamat ditemui dengan keadaan berlumpur, terpaksa dibersihkan terlebih dahulu sebelum diberi rawatan.

Mangsa-mangsa yang selamat mendakwa paras air naik sehingga mencecah leher dan mengambil masa untuk surut.

Pelombong haram menyumbang sebahagian besar daripada pengeluaran emas sebanyak 33 bilion.

Kerajaan Zimbabwe mengisytiharkan insiden itu sebagai bencana.

Bagaimanapun, operasi terpaksa tidak dapat diteruskan dalam tempoh lebih lama disebabkan hujan. – MalaysiaGazette