Anggota bomba memadam kebakaran di kawasan setinggan yang mengorbankan lapan orang mangsa. foto Agensi

DHAKA – Lapan orang maut selepas lebih 200 rumah setinggan di pelabuhan Chittagong musnah dijilat api.

Kemalangan itu turut mencederakan lebih 50 orang mangsa termasuk anggota bomba.

Bomba percaya kebakaran itu berpunca daripada litar pintas. – MalaysiaGazette