Bruno Ganz, Foto Agensi

ZURICH – Aktor Bruno Ganz yang pernah berlakon memegang watak Hitler dalam filem Downfall meninggal dunia pada usia 77 tahun.

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Zurich pada malam Jumaat.

Ganz yang popular dengan filem bahasa Jerman untuk filem dan teater, pernah berlakon dalam bahasa Inggeris The Reader dan The Manchurian Candidate.

Peranan filem yang membuat beliau terkenal adalah dalam Downfall ketika membawa watak Adolf Hitler.

Filem Der Untergang yang ditayangkan di Jerman, cerita terakhir Hitler ketika saat-saat terakhir di Berlin mencecah kutipan AS$92 milion di seluruh dunia.

Beliau kemudian dinobat sebagai pemenang Anugerah BBC Four World Cinema dan dicalonkan untuk Anugerah Akademi untuk Filem Bahasa Asing Terbaik.

Tetapi sejak itu Ganz terkenal dengan gelombang parodi Internet.

Seorang pengulas New York Times menyifatkan prestasi Ganz “menarik” dan “memiliki karismatik”.

Tidak jelas punca kematian aktor itu namun Ganz pernah didiagnos dengan kanser kolon. – MalaysiaGazette