Khalid Samad
Khalid Samad

KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) sekarang tidak seperti sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sebelum ini, setiap ciapan atau hantaran menerusi laman sosial Facebook atau Twitter, mereka akan menerima pujian, sokongan dan komen yang baik daripada warganet.

Namun, hari ini jauh berbeza apabila setiap kali pemimpin PH cuba untuk berkongsi isu menerusi akaun media sosial masing-masing, mereka bukan lagi mendapat sokongan sebaliknya cacian, kecaman dan makian para netizen.

Ini yang berlaku kepada seorang pemimpin Parti Amanah Negara yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad apabila majoriti komen menerusi hantaran Twitternya mengenai kejadian yang menimpa Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam dibidas oleh warganet.

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH melalui ciapan terbaharunya menyatakan, UMNO dan budaya samseng berpisah tiada dan sepertimana juga parti itu dan rasuah.

Dakwa beliau, rosaknya bangsa Melayu disebabkan oleh UMNO yang hilang akhlak dan kurang tamadun.

“Samseng dan rasuah budaya UMNO. Jelas… Semoga warga Semenyih menolak UMNO dan memenangkan kembali PH. PH tolak budaya samseng dan rasuah,” tulis beliau.

Namun, Khalid diserang bertubi-tubi oleh warganet melalui ruang komen Twitter beliau yang disifatkan bagai ‘meludah ke langit kena mukanya sendiri’.

Paling teruk memaki beliau ialah seorang aktivis sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ramesh Rao yang memanggilnya sebagai ‘barua bodoh’.

“Jangan jadi barua, tanpa mengetahui kebenaran. Cakap pakai otaklah barua,” maki aktivis itu.

Ramesh turut mengemukakan beberapa sebab dan punca Syed Saddiq ‘diserang’ oleh penyokong Barisan Nasional (BN) pada hari penamaan calon semalam.

Antaranya, Syed Saddiq dikatakan sengaja menggunakan laluan yang menempatkan ribuan penyokong BN dan laluan untuk pemimpin PH bukan di kawasan yang dia diserang dengan kata-kata makian itu.

Seorang lagi warganet, Noor Jamilah pula menyatakan kehairannya dengan sikap pemimpin PH yang mengutuk UMNO dan BN tetapi pada masa sama menerima sekumpulan ahli Parlimen parti itu menyertai komponen PH.

Azizul Razak pula berkata, selain budang samseng, masyarakat juga menolak budaya ‘drama’ oleh menteri dengan lakonan yang berlebihan.

Ibnu Rahman dengan bersahaja meninggalkan komen memaklumkan kepada Khalid bahawa rakyat sudah ‘membuka mata’.

“Rakyat sudah buka mata wahai pak menteri, tak perlu nak mainkan isu samseng. Siasat dahulu sebelum lontarkan tohmahan. Munafik lebih teruk dari samseng yang hanya pandai tabur janji, tapi hanya tinggal janji.

Semalam, Syed Saddiq membuat laporan polis mendakwa penyokong BN yang dikenali sebagai Papagomo telah melalukan kekerasan fizikal terhadapnya sebaik beliau keluar dari dewan penamaan calon menuju ke keretanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.