Kwong Wah Yit Poh melaporkan, minuman keluaran tempatan itu bagaimanapun mencetuskan perbualan kerana jenamanya "Lan Jiao" yang mempunyai bunyi sama dengan alat kemaluan lelaki dalam dialek Hokkien.

XIAMEN – Peniaga-peniaga China telah memanipulasi perang perdagangan antara Beijing dan Washington dengan menyeru pengguna membeli produk tempatan untuk menggantikan barang Amerika.

Di Xiamen, wilayah Fujian, sebuah pengeluar minuman telah menyeru pengguna menolak Coke Amerika, tetapi memilih minuman tempatan sebagai alternatif bagi menunjukkan semangat patriotik.

Kwong Wah Yit Poh melaporkan, minuman keluaran tempatan itu bagaimanapun mencetuskan perbualan kerana jenamanya “Lan Jiao” yang mempunyai bunyi sama dengan alat kemaluan lelaki dalam dialek Hokkien.

Jenama itu diberikan kerana minuman berwarna biru tersebut dibotolkan dalam botol berwarna biru.

Dalam Mandarin, biru disebut sebagai “lan” iaitu sama bunyi dengan sebutan alat kemaluan dalam dialek Hokkien.

Warganet mempunyai reaksi yang berbeza mengenai jenama itu dengan ada yang mengaitkannya sebagai minuman tenaga batin.

Keadaan itu berlaku mungkin kerana minuman berperisa buah beri biru itu diberi slogan “Menolak Coke Amerika; Kalau mahu minum, minumlah Coke Lan Jiao China; Lan Jiao sumber kekuatan” .

Walaupun begitu, terdapat juga orang yang berpendapat bahawa minuman tidak harus dipolitikkan dan dikaitkan dalam perang perdagangan antarabangsa. – MalaysiaGazette