Lembaga Pengarah Yayasan Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR – Meskipun pelantikan politik dalam agensi-agensi berkaitan kerajaan dikritik oleh pelbagai pihak, namun ia tidak diendahkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Terbaharu, netizen turut mempersoalkan pelantikan ‘orang dalam’ parti untuk menyertai barisan Lembaga Yayasan Wilayah Persekutuan.

Mereka ialah Hayatul Kamil Termudi, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Khalid Abdul Samad.

Selain itu, Mohamad Riadz Mohamad Hashim, Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Onn Abu Bakar, Penyelaras PKR di Parlimen Sembrong.

Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi pula Naib Pengerusi Parti Amanah Negara Wilayah Persekutuan dan Muhammad Khairil Khalid, Muhammad Khairil Khalid, Naib Pengerusi Penaja DAP cawangan USJ Taipan.

Sebelum ini, lantikan politik turut dilakukan dalam Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).

Begitu juga dengan pelantikan dua ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu iaitu Sukiman Sarmani sebagai Pengerusi Universiti Teknikal Mara (Unitek-Mara) serta Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi sebagai Pengerusi Mara Corporation Sdn Bhd.

Peguam yang rapat dengan Perdana Menteri, Mohamed Haniff Khatri Abdulla dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang baharu.

Pelantikan politik dalam satu demi satu agensi kerajaan dilihat sebagai mungkir janji oleh Pakatan Harapan. – MalaysiaGazette