Wan Azizah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (duduk, tengah) bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad (duduk, tiga kiri), Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Baharuddin Shah (duduk, tiga kanan), Pengarah Eksekutif UN Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif (duduk, dua kiri), Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan (duduk, kiri) bergambar kenangan dengan tetamu yang hadir pada Pelancaran Malaysia Urban Forum (MUF) 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 FEBRUARI 2019

KUALA LUMPUR – Jumlah penduduk yang tinggal di bandar dijangka meningkat sehingga 80 peratus, bersamaan 26 juta orang, menjelang tahun 2030.

Jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, situasi itu akan meningkatkan cabaran urbanisasi termasuk beberapa aspek tempatan iaitu pengurusan sampah dan sisa pepejal, kesesakan lalu lintas, kekurangan air dan pencemaran udara.

“Ianya oeningkatan daripada 77 peratus.

“Populasi yang besar dalam negara ini meningkatkan lagi cabaran-cabaran dalam negara termasuk kekurangan tanah untuk membina rumah,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Forum Bandar Malaysia (MUF) 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC)).

Malaysia juga, tambah beliau, bakal berdepan cabaran lain apabila tahun yang sama bakal menyaksikan 15.3 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk berumur 60 tahun ke atas.

“Selain peningkatan warga emas, jumlah isi rumah juga bertambah kecil. Aspek perumahan akan mengalami perubahan.

“Kita memerlukan kemudahan untuk menggalakkan interaksi sosial terutama dalam komuniti warga emas,” katanya.

Justeru Malaysia bersama-sama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sedang merangka rancangan untuk melaksanakan bandar yang mesra kepada golongan warga emas termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU)

“Tujuan projek ini adalah mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk semua lapisan umur, kanak-kanak, dewasa dan OKU,” kata beliau. – MalaysiaGazette