AR Badul selamat menjalani rawatan di IJN baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Pelawak, AR Badul disahkan kini dimasukkan ke Unit Rawatan Koronori (CCU) di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, akibat serangan jantung.

Isteri pengarah dan pelakon itu juga,  Maizatul Akma Osman mengesahkan suaminya yang dimasukkan ke IJN pada jam 4 petang semalam.

Namun ujarnya, keadaan suaminya kini sudah stabil.

“Tengah hari semalam, suami berpeluh seperti orang mandi dan mengadu sakit dada.

“Kami bergegas membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum dirujuk ke IJN. Satu prosedur sudah dilakukan kepada beliau dan ada satu lagi menyusul.

“Namun, saya bersyukur, dia masih stabil,” katanya dipetik sebagai berkata hari ini.

Mengulas lanjut, Maizatul berkata, sebelum itu, Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie tidak menunjukkan tanda-tanda sakit jantung.

“Saya harap tidak ada apa-apa yang membimbangkan… Insya-Allah,” katanya.-MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan