Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Program Sembang Santai sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di Warung Kak Ting, Pekan Beranang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 18 FEBRUARI 2019

SEMENYIH – Sambutan luar biasa ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak langsung ‘menakutkan’ Pakatan Harapan (PH).

Sebaliknya Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya telah berdepan dengan banyak Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini dan kehadiran orang ramai pada sesi ceramah tidak boleh dijadikan kayu pengukur.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan, ini kerana kehadiran mereka yang mencecah ribuan orang itu belum tentu diterjemahkan dalam bentuk undi.

“Sebenarnya, ‘Bossku’ (Najib) itu sudah tumbang dan beliau yang buat hal hingga kerajaannya tumbang.

“Banyak skandal yang beliau terpalit seperti Tabung Haji, Felda, Felcra dan orang ramai jangan cepat lupa. Namun sebab ‘Bossku’ itu sudah datang sini, kenalah sambut beliau,” kata Muhyiddin lagi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Sembang Santai bersama beliau di Warung Kak Ting di Pekan Beranag di sini hari ini.

Sebelum itu, Muhyiddin diminta mengulas sambutan hebat yang diberikan orang ramai kepada Najib apabila dihadiri lebih 1,000 orang ketika sesi ceramah di Flat Baiduri di sini malam semalam.

Sebaliknya, kehadiran Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari sebelum itu di kawasan sama kurang sambutan apabila tidak sampai 100 orang sahaja yang hadir. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Fenomena Najib: Sokong atau sekadar suka-suka?

Tinggalkan Jawapan