Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) perlu mengemukakan pelan strategi sendiri sebelum meminta sebarang dana tambahan.

Strategi itu penting bagi membolehkan syarikat penerbangan itu kembali bersaing dalam industri penerbangan dan menjana keuntungan yang lebih baik.

Bercakap kepada The Edge, Datuk Seri Shahril Ridza Ridzuan berkata, Malaysia Airlines sedang mengkaji semula strategi sedia ada dan dijangka mengemukakan kertas cadangan baharu.

“Kami masih menunggu Malaysia Airlines untuk datang kepada kita dengan cadangan strategi mereka,” katanya.

Khazanah telah menyah senarai Malaysia Airlines pada 2014 ekoran kedudukan kewangannya yang semakin teruk ketika itu.

Sayap pelaburan itu telah menyediakan sebanyak RM6 bilion dalam memulihkan semula Malaysia Airlines.

Syarikat penerbangan negara itu diunjur mencatatkan keuntungan dalam tempoh tiga tahun namun kejatuhan nilai ringgit dan kenaikan kos bahan api telah menjejaskan Malaysia Airlines untuk merekodkan keuntungan. – MalaysiaGazette