Hubungan India-Pakistan tegang susulan kejadian pengebom berani mati membabitkan polis tentera. foto Agensi

ISLAMABAD – Pakistan telah memanggil balik dutanya di New Delhi untuk mendapatkan konsultasi di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat.

“Kami telah memanggil semula Pesuruhjaya Tinggi kami di India untuk perundingan. Beliau telah meninggalkan New Delhi pagi ini, “kata jurucakap Pejabat Luar Negeri, Mohammad Faisal menerusi Twitter.

India telah memanggil balik dutanya di Pakistan minggu lepas untuk membincangkan hubungan dengan Islamabad berikutan pengeboman berani mati di Kashmir yang membunuh 44 polis tentera India.

New Delhi berkata, Pakistan terlibat dalam serangan itu, namun dinafikan oleh Islamabad. – MalaysiaGazette