Zinedine Zidane

LONDON – Pengurusan tertinggi Chelsea mula merisik Zinedine Zidane bagi menggantikan Maurizio Sarri selepas aksi terumbang-ambing kelab itu sepanjang musim ini.

Daily Mail melaporkan, Zidane memberi respon positif menuju ke Stamford Bridge namun mahu Chelsea mematuhi beberapa syarat.

Bekas pengendali Real Madrid itu mahu The Blues memberi jaminan untuk mengekalkan pemain utama, Eden Hazard di sana.

Zidane juga mahu dana pembelian pemain sebanyak 200 juta pound untuk memperkuatkan skuad serta perlu jaminan daripada bos tertinggi serta Marina Granovskaia sebagai pengarah kelab.

Sumber terdekat kelab memberitahu, Zidane tidak mahu memberi komen mengenai masa depan Sarri kerana segalanya terletak di tangan pengurus dari Itali itu.

Sarri sudah pasti ditunjukkan jalan keluar jika gagal meletakkan Chelsea  dalam kelompok keempat teratas musim ini. – MalaysiaGazette