Ustaz Don bersama isteri, Dr Husna Zahry dan anak-anak.

KUALA LUMPUR – Penceramah terkenal, Ustaz Don Daniyal memilih nama Don Sulaiman buat anak ketiganya yang dilahirkan minggu lalu.

Khabar gembira itu dikongsi isteri Ustaz Don, Dr. Husna Zahry di laman Instagram miliknya.

Husna turut berkongsi beberapa video pendek dan memaparkan wajah anaknya selepas bayi lelaki itu menjangkau usia tujuh hari.

“Introducing Don Sulaiman bin Don Daniyal bin Don Biyajid bin Mustafa bin Hamidon bin Abdul Qahar bin Sulaiman.

“Indeed, having this 3rd child was a different experience altogether,” kata Husna lagi.

Pasangan berkenaan juga merakamkan penghargaan kepada semua yang berdoa serta mengucapkan tahniah selain mengirim hadiah buat mereka sempena kelahiran Don Sulaiman. – MalaysiaGazette