Ren Zhengfei. foto BBC

BEIJING – Pengasas Huawei berkata, “tidak mungkin Amerika Syarikat boleh menghancurkan” syarikat itu.

Ren Zhengfei menggambarkan penahanan anak perempuannya, Meng Wanzhou, yang juga ketua pegawai kewangan syarikat bermotivasi politik.

Amerika Syarikat sedang dalam proses untuk mendakwa Huawei dan Meng dalam pertuduhan jenayah termasuk penggubahan wang, penipuan bank dan mencuri rahsia perdagangan.

Namun firma itu menafikan dakwaan tersebut.

“Tidak mungkin Amerika Syarikat boleh menghancurkan kami.

“Walaupun Amerika Syarikat memujuk negara-negara lain untuk tidak menggunakan kami buat sementara, kami sentiasa boleh menurunkan skala,” katanya dalam satu wawancara bersama BBC.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa potensi kehilangan perniagaan mungkin mempunyai kesan yang besar.

Minggu lalu, Setiausaha Amerika Syarikat, Mike Pompeo memberi amaran kepada negara-negara sekutunya agar tidak menggunakan teknologi Huawei kerana ia menyukarkan Washington untuk menjadi rakan bersama.

Selain Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand sudah menyekat Huawei daripada membekal perkakasan bagi rangkaian jalur lebar 5 G.

Manakala Kanada pula sedang mengkaji sama ada produk-produk Huawei memberi ancaman keselamatan.

Ren berkata, dunia sukar untuk melepaskan Huawei kerana ia teknologinya lebih maju.

“Jika cahaya muram di barat, di timur masih bersinar. Dan jika di utara jadi gelap masih ada cahaya di selatan.

“Amerika Syarikat tidak mewakili dunia. Amerika hanya mewakili sebahagian dunia.” ujar Ren. – MalaysiaGazette