Rais Yatim

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) wajar mengambil tindakan tegas kepada pemimpin DAP yang mahu Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim menganggap ia akan merosakkan perjuangan PH sekiranya dakwaan itu benar.

“(Lim) Kit Siang dan (Lim) Guan Eng elok cilikan mulut si celopah ini.

“Kalau Tun M undur seluruh kabinet kena letak jawatan.Mau inikah?” soalnya dalam media sosialnya hari ini.

Rais mengulas kenyataan Ahli Jawatankuas DAP Negeri Johor, Dr. Boo Cheng Hau yang mendesak Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi PH meletakkan jawatan kerana gagal melunaskan manifesto PH pada PRU-14.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

PM sila letak jawatan, kata Cheng Hau