Keadaan pasar berhampiran masjid Al-Azhar selepas dua anggota polis dan seorang militan terbunuh. foto Agensi

KAHERAH – Dua anggota polis terbunuh dan tiga cedera ketika selepas bom yang dibawa oleh seorang militan meletup di tengah-tengah ibu kota Mesir, Isnin.

Menurut kementerian, ketika kejadian pasukan keselamatan sedang mengejar lelaki itu ketika mereka terlibat dalam operasi menvari penjenayah yang cuba serangan polis di barat Cairo pada Jumaat lalu.

Selepas menangkap suspek di daerah lama Islam di Kaherah berhampiran dengan masjid Al Azhar, salah satu bom meletup, menyebabkan kematian militan tersebut dan dua pegawai keselamatan.

Sekurang-kurangnya tiga orang awam cedera termasuk seorang penuntut Thaoland, menurut sumber keselamatan.

Kawasan sekitar masjid Al-Azhar dikelilingi pasar dan popular dalam kalangan pelancong.

Stesen televisyen mendedahkan gambar suspek yang dikenali sebagai Hassan Abdullah, 37 tahun.

Dalam serangan pada hari Jumaat lalu, dua anggota polis dan tiga orang awam mengalami kecederaan ringan selepas bom buatan sendiri meletup ketika usaha memusnahkannya.

Pasukan keselamatan Mesir telah melancarkan kempen melawan militan Islam sepanjang tahun lalu dengan memberi tumpuan kepada Semenanjung Sinai Mesir.

Pada hari Sabtu tentera Mesir berkata, 15 orang anggotanya telah terbunuh dalam pertempuran di Sinai Utara yang turut mengorbankan tujuh militan.

Serangan di ibu negara agak jarang berlaku tetapi letupan bom di tepi jalan di Giza telah membunuh tiga pelancong Vietnam dan juru pandu Mesir pada bulan Disember. – MalaysiaGazette