Friday, April 19, 2024
Home Sukan Nani pilih Orlando City

Nani pilih Orlando City

Nani

MIAMI – Pemain sayap Portugal, Nani telah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS) , Orlando City.

Timbalan Presiden Eksekutif Orlando City, Luiz Muzzi menyifatkan kehadiran Nani akan membuat kelab dan peminat teruja kerana bekas pemain Manchester United itu pasti membawa pengalamannya yang cukup menakjubkan.

“Dia seorang pemain sayap yang luar biasa dan memiliki kualiti membuat hantaran serta sentiasa memberi impak besar kepada permainan,” katanya memetik laporan Orlando Weekly.

Nani pernah memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak empat kali dan menjuarai Liga Juara-Juara pada 2008 ketika bersama United.

Nani menjaringkan sembilan gol dalam 58 penampilan bersama Sporting, dia berpindah ke Old Trafford pada 2007 sehingga 2014 dan berjaya meledak 41 gol daripada 230 penampilan bersama Red Devils dalam semua kejohanan. – MalaysiaGazette