Veteran politik, Tan Sri Rais Yatim berkata, tidak molek untuk kes seperti ini dibiarkan tertangguh sehingga enam bulan kerana akan meremehkan sistem perundangan negara.
Rais Yatim

KUALA LUMPUR- Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau nanti bukan yang biasa-biasa.

Bagi Pakatan Harapan (PH), PRK Rantau bukan sahaja mahu merampasnya dari Barisan Nasional (BN) tetapi juga senjata untuk melawan BN khususnya UMNO.

Justeru, ada sumber memberitahu, calon PH terbaik ialah Tan Sri Rais Yatim.

Ini kerana lawannya sudah tentu bekas penyandangnya, Datuk Mohamad Hasan yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan.

Jadi, lawan Mohamad kena individu bukan calang-calang orang dan Rais dilihat menjadi sandaran.

Lagi pun, Rais merupakan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan selain bekas menteri dan rapat dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, PKR sudah tentu mahu calon daripada kalangan ahlinya memandangkan secara tradisi itu kerusi PKR seperti dinyatakan oleh presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga telah menyatakan PH perlu segera bermesyuarat bagi usaha merampas DUN Rantau.

Pada PRU-14, calon PKR ialah Dr. S. Streram.

Manakala Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin pula mahu calon wanita pula diketengahkan pada PRK Rantau.- MalaysiaGazette