Hamdan Hamzah
Timbalan Pendakwaraya, Hamdan Hamzah (kanan) sebagai pegawai pengendali inkues kematian seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim ketika keluar di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 18 JANUARI 2019

SHAH ALAM – Prosiding inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim hari yang ketujuh pagi ini ditangguhkan kepada 2, 30 petang.

Ini berikutan bapa kepada saksi kesebelas terlibat dalam kemalangan jalan raya, kata Pegawai Pengendali, Hamdan Hamzah.

“Nasaruddin sepatutnya memberikan keterangan yang mana beliau baharu menghubungi IO (Pegawai Penyiasat) bapanya terlibat kemalangan jalan raya dan terpaksa menjaga bapa beliau di hospital.

“Oleh itu saksi ini kami akan minta pihak polis untuk berhubung dengan beliau dan memastikan kehadirannya, pada petang ini ada saksi (kedua belas) yang tidak boleh datang sebelah pagi sebab isterinya ada dialisis,” katanya.

Koroner Rofiah Mohamad memutuskan prosiding disambung pada 2. 30 petang nanti dengan saksi kedua belas.

Dalam pada itu Hamdan juga memohon prosiding yang sepatutnya disambung esok dilapangkan dan disambung semula pada Khamis kerana beliau mempunyai temujanji di Hospital Putrajaya.

Untuk rekod, inkues kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kasim bermula pada 11 Febuari yang lalu dan akan berlangsung selama 44 hari.

Inkues ini diadakan demi mengetahui punca kematian allahyarham pada 17 Disember 2018 ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN). – MalaysiaGazette