Mohd. Ashraf Mustaqim
Mohd. Ashraf Mustaqim

KUALA LUMPUR – ‘Tak suka Tun M, sila masuk MCA.’

Itu tegas Exco ARMADA Nasional, Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir kepada Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Johor, Dr. Boo Cheng Hau.

Sebelum itu, Cheng Hau mendesak Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) letak jawatan kerana gagal melunaskan manifesto PH.

“Rentetan ‘kenyataan bodoh’ AJK DAP ini, saya ingin bertanyakan kepada beliau, adakah beliau ingin menafikan kejayaan semasa kerajaan pusat di bawah pimpinan PH yang mana sebanyak 36 pencapaian telah dicapai di pelbagai peringkat?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Ashraf, dakwaan Cheng Hau tidak berasas dan senada dengan dakwaan pembangkang.

“Maka saya cadangkan, Cheng Hau layak untuk angkat kaki dari PH dan boleh sertai MCA untuk duduk di bawah telunjuk UMNO yang rasis sama seperti MCA andai suka bermain dengan api yang merosakkan PH,” katanya.

Menurut beliau, jika benar apa yang dikatakan oleh Cheng Hau bukan Mahathir sahaja yang perlu meletakkan jawatan tetapi semua menteri kabinet termasuk mereka dalam kalangan DAP.

Menurutnya, soal manifesto bukan tanggungjawab Mahathir seorang malah semua kepimpinan PH bertanggungjawab.- MalaysiaGazette

PM sila letak jawatan, kata Cheng Hau