Anthony Loke
Anthony Loke

PUTRAJAYA- “Saya tidak mahu masuk campur kerana ini adalah pertikaian komersial tetapi sudah tentulah, sekiranya ada bayaran yang perlu dibayar, ia wajib dilunaskan,”

Itu kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika ditanya sama ada beliau berhasrat menjadi orang tengah di dalam menyelesaikan kemelut yang melanda AirAsia dan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB).

Jelas Anthony, kedua-dua syarikat tersebut sedang dalam rundingan dan beliau yakin mereka mampu mencari jalan penyelesaian.

“Sebenarnya ia adalah pertikaian di antara dua buah pengendali. Satu pengendali syarikat penerbangan dan satu lagi adalah pengendali lapangan terbang.

“Saya harap mereka boleh menyelesaikan pertikaian tersebut.

“Saya tidak cakap, saya tidak buat apa-apa tetapi saya percaya penyelesaian boleh dicapai kerana ia adalah pertikaian komersial,” katanya semasa sidang media hari ini.

Pertikaian di antara AirAsia dan MAHB berhubung cukai lapangan terbang sudah berlangsung agak lama dan kedua-duanya menggunakan media untuk berbalas kenyataan.

Pada Disember tahun lalu, MAHB mengambil langkah kehadapan apabila mengemukakan saman kepada syarikat penerbangan tambang murah itu dengan meminta AirAsia untuk membayar tunggakan cukai lapangan terbang sebanyak RM36.12 juta.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

 

https://malaysiagazette.com/blog/2019/02/19/saman-mahb-ke-atas-airasia-sudah-dirujuk-di-mahkamah/