Bernie Sanders. foto Agensi

WASHINGTON – Bernie Sanders akan bertanding sekali lagi bagi jawatan Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2020.

Sanders yang juga seorang Senator membuat percubaan kedua untuk memenangi pencalonan parti Demokratik.

Beliau yang sudah berusia 77 tahun merupakan bintang politik yang progresif pada tahun 2016 meskipun gagal dalam pencalonan bagi merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat.

Sanders adalah pengkritik Donald Trump secara secara terbuka dan pernah menggambarkan Presiden Amerika Syarikat itu sebagai pembohong dan rasis. – MalaysiaGazette