TERKINI : PANAS DAN SEMPOI! Jawapan Najib Untuk Azmin Ali

SEMENYIH – Datuk Seri Najib Razak ‘memulangkan paku buah keras’ kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini menyindir bekas Perdana Menteri itu dengan meminta beliau membawa isterinya untuk turun berkempen.

Menurutnya, Naib Presiden Pakatan Harapan (PH) itu tidak perlu mengheret isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kempen Pilihan Raya Kecil Semenyih yang sedang berlangsung ketika ini.

Isnin lalu, Azmin menerusi ceramah PH menyindir Ahli Parlimen Pekan yang kini popular dengan panggilan ‘Bossku’ supaya membawa isterinya untuk turun bersama-sama berkempen pada PRK berkenaan.