KUALA LUMPUR – Waktu operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Sabah dan Sarawak dipinda mulai 4 Mac ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pindaan dibuat atas faktor penjimatan.

UTC di Sabah (Kota Kinabalu; Keningau; Tawau) dan Sarawak (Kuching; Miri; Sibu) akan beroperasi 10 pagi hingga 7 petang setiap Isnin dan Jumaat dan waktu berehat untuk solat Jumaat bermula 11:30 pagi hingga 2 petang.

Setiap Sabtu dan Ahad pula 6 UTC itu beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang.

Kementerian itu menjangkakan dapat menjimatkan RM2.1 juta menerusi pindaan waktu operasi UTC ini.

“UTC tetap beroperasi selama tujuh (7) hari seminggu kecuali cuti umum bagi
memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan Kerajaan,” katanya.

Waktu-waktu operasi UTC yang lain kekal ujarnya lagi kekal.

Pindaan waktu operasi ini tambah Guan Eng dijangka akan dapat menjimatkan RM2.1 juta, tambah Guan Eng. -MalaysiaGazette